mcmc
COVID-19 - Maklumat berkaitan COVID19/PKP/PKPB/PKPP

Covid-19 : Kes Positif

#COVID19 : Sehingga 4 April, kebanyakan kes positif yang dikesan adalah berkait dengan mereka yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling iaitu 1,545 kes daripada 3,483 kes 
keseluruhan atau 44.36%. 
Kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan, misalnya melibatkan ahli keluarga mereka, kontak 
rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz. 
KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi  mengenalpasti dan menguji semua kontak rapat dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini. 
Orang awam juga diseru agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk disaring sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.- KPK Noor Hisham Abdullah
Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan