Covid-19 : Kluster Ke-14
Kluster ke-14 yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster PUI Bali merupakan contoh terbaik bagaimana perjalanan rentas negeri telah menyebarkan jangkitan #COVID19 tanpa disedari oleh individu yang membawa virus itu.
Kes bermula apabila seorang individu dari Tumpat, Kelantan, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali telah mengadakan kontak rapat dengan abangnya di Kuantan.
Abangnya telah dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah pernafasan dan telah menjangkiti pesakit lain dan petugas kesihatan.
Seramai 43 orang telah dijangkiti dan menyebabkan empat kematian.
Dua lagi kluster berkait rentas negeri ialah Kluster Pengerang dan Rembau.
Kes Kluster Pengerang, kes indeks (pesakit positif asal) yang mulanya disyaki denggi telah merentas negeri untuk ke Selangor dan menjangkiti individu lain. Jangkitan makin menular melalui aktiviti kunjung mengunjung.
Kluster Rembau melibatkan seorang peserta Perhimpunan di Seri Petaling yang hadir ke satu mesyuarat di sebuah sekolah di Pedas.
Jangkitan menular apabila ada yang menziarahi mereka yang sakit keraja dijangkiti virus COVID19.
Oleh sebab itu, kerajaan melarang perjalanan rentas negeri kecuali yang dibenarkan oleh PDRM atas sebab-sebab tertentu seperti kerja dan kecemasan.
Begitu juga aktiviti kunjung mengunjung di hari raya kerana anda mungkin membawa virus itu dan menjangkiti sanak saudara sekaligus mengancam nyawa mereka terutama warga emas dan kanak-kanak.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA