mcmc
Maklumat Am

NADI X USAHAWAN – Ikon Usahawan NADI 2025

Sila hadir ke NADI Kampung Parit Baruh Baruh, Sabak Bernam untuk mendaftar !

Adakah anda usahawan yang bersemangat tinggi dan bersedia untuk mengembangkan perniagaan anda?NADI membuka peluang keemasan untuk melatih dan menonjolkan 50 Ikon Usahawan NADI di peringkat kebangsaan!
Kelebihan Program ini:
✅ Latihan Keusahawanan Percuma – Pelajari model perniagaan, pemasaran, kewangan, dan operasi.
✅ Sesi Eksklusif Webinar, Podcast, dan Video Pra-Latihan.
✅ Peluang menyertai program bertaraf nasional seperti State Bootcamp & Projek Mercu!
✅ 50 Ikon Usahawan Terbaik akan diraikan di Persidangan NADI 2025.
Syarat Penyertaan:
📌 Warganegara Malaysia (18-60 tahun)
📌 Mempunyai produk atau perkhidmatan – perniagaan berdaftar atau tidak.
📌 Komitmen 2 bulan penuh untuk latihan dan program.
📌 Bersedia membawa perniagaan anda ke peringkat lebih tinggi!
Program ini mensasarkan 7,000 penyertaan usahawan seluruh negara!Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Ikon Usahawan NADI. 💡