Covid-19 : Kluster Baharu

COVID-19 - Maklumat berkaitan COVID19/PKP/PKPB/PKPP | 19 April 2020
Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.
 
Kluster ini terdiri daripada 43 
orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, 
Indonesia.
 
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah
dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan bahawa tindakan 
Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.
 
Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkit penduduk tempatan. – KPK @DGHisham 
 
#KitaTeguhKitaMenang 
#COVID19Malaysia
#StayAtHome 
#StaySafe 
#PerintahKawalanPergerakan