Salam sejahtera semua!
Aplikasi MySejahtera stabil sejak 11.6.2020. Jumlah pengguna setakat 16.7.2020 adalah 4.1 juta!
Walaubagaimanapun, sesetengah pengguna masih mengalami masalah. Antara masalah yang dikenalpasti adalah:
1. Tidak dapat login
– sila uninstall dan install app MySejahtera
2. Paparan Check-In beku (freeze)
– kemungkinan penggunaan camera untuk MySejahtera tidak diberi kebenaran di setting telefon pintar. Sila pergi ke settings dan beri kebenaran.
– jika masih bermasalah, sila uninstall dan install semula.
3. Check-in MySejahtera tidak berfungsi apabila mengimbas QR Code
– QR Code Scanner MySejahtera hanya Boleh membaca kod QR MySejahtera.
– ini adalah bagi memastikan data pengguna selamat.
MySejahtera akan ditambah baik dari masa ke semasa.
Harap maklum.
– Pasukan MySejahtera
#COVID19
#StaySafe
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan