mcmc
Maklumat PI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI)

NADI NEW LOGO

 

PENGENALAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Parit Baru Baruh, 45100 Sungai Ayer Tawar merupakan sebahagian daripada daya usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi seperti syarikat Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Sdn. Bhd (MSD) dan lain-lain lagi.

Tujuan SKMM adalah untuk menyediakan capaian internet jalur lebar secara bersama di kawasan Program Perumahan Rakyat yang terpilih di seluruh negara. Program ini juga dapat membantu merapatkan jurang digital di Malaysia terutama kawasan luar bandar. Malah, banyak membangunkan prasarana telekomunikasi dan akses internet seperti wifi.

OBJEKTIF

1)  Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

2)  Merapatkan jurang digital antara Bandar dan luar Bandar

3)  Kemudahan capaian jalur lebar kepada penduduk setempat

4)  Pendedahan teknologi komputer dan internet terhadap masyarakat

5) Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

PERKHIDMATAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Parit Baru Baruh menawarkan perkhidmatan penggunaan komputer, pembayaran bil utilit, fotostat, printing untuk kemudahan komuniti setempat. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  juga menawarkan kelas-kelas ICT & latihan keusahawanan kepada komuniti secara percuma untuk ahli berdaftar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Untuk menjadi ahliPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , pengguna haruslah berdaftar terlebih dahulu di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Parit Baru Baruh dengan bayaran hanya RM 5 seumur hidup.

Antara program yang ditawarkan  dibawah Perkhidmatan PINTAR NADI adalah :

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat  ( eKelas, Dilea Nurture, E-Sukan, NADI X MAHIR)

NADI x Keusahawanan  ( NADI-PRENEUR, NADI- EMPOW-HER, KIDZ-PRENEUR)

NADI x Kesejahteraan Kendiri ( Saringan Kesihatan Kendiri)

NADI x Kesedaran ( Taklimat NADI SAFE-SHIELD)

NADI x Inisiatif Kerajaan ( BUDI MADANI, MY DIGITAL ID , PAYNET)

dan lain- lain kelas berdasarkan permintaan

 

KEAHLIAN AHLI NADI

Jumlah ahli terkumpul  sejak adalah :

 AHLI AKTIF  ( 2013- Bulan Sebelum ) 717
AHLI BARU BULAN TERKINI  ( September 2024) 15 
JUMLAH KESELURUHAN   732

 

*kemaskini terakhir September 2024

 

MAKLUMAT PETUGAS NADI KAMPUNG PARIT BARU BARUH

 WAHIDA

Pengurus NADI Kampung Parit Baru Baruh 

Nama :  Parha Wahida Sairi 

No telefon : 011-15041409

Tempoh berkhidmat : sejak Oktober 2016

 

HAFIZ

Penolong Pengurus NADI Kampung Parit Baru Baruh 

Nama :  Mohamad Hafiz bin Mohamad Jonid

No telefon : 017-2212965

Tempoh berkhidmat : sejak Januari 2018

 

 

 

*maklumat dikemaskini Oktober 2024*