mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan | Nor Baizura bt Mien

ss1

 

NOR BAIZURA BT MIEN

Perkhidmatan : Perkhidmatan mengambil tempahan menjahit pakaian secara persendirian atau pukal

 No telefon : 016-6955342

Emel : zuramie85@yahoo.com

FB  : @Tailor Sabak

IG : tailor_sabak

Latar belakang

       Berpengalaman selama 5 tahun di dalam bidang jahitan dan menawrkan perkhidmatan termasuk menjahit pakaian wanita, lelaki, busana pengantin, langsir, tudung, kanak-kanak untuk persendirian atau secara pukal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

       Saya sukar untuk memasarkan perkhidmatan saya secara atas talian (online) berikutan masalah perkhidmatan internet di kawasan rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

        Setelah saya datang ke pusat internet saya telah ditawarkan untuk mengikuti kelas keusahwanan yang mereka adakan setiap minggu

       Di situ saya mempelajari kelas ICT bermula dari asas.Saya juga diajar menggunakan internet dan belajar secara online

       Dengan itu, belajar secara online ini juga dapat membantu dalam perniagaan saya.

Apa yang dipelajari melalui PI

       Dengan internet, ia menjadikan saya seorang belia yang berfikiran terbuka serta menjadikan usahawan  celik IT walaupun berada di luar bandar yang dianggap sebagai golongan yang ketinggalan tentang ilmu ICT.

       Selain itu, dengan adanya Facebook dan Email yang telah saya buka, saya dapat membesarkan pemasaran saya di atas talian. Ia memudahkan saya berinteraksi dengan pelanggan saya.

        Sekaligus, dapat berkenalan dengan ramai belia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       Pusat Internet ini menawarkan pelbagai kelas ICT secara percuma contohnya kelas Microsoft, Adobe,Video, Media Sosial dan sebagainya