



Pantai Bumi Hijau atau lebih dikenali sebagai Pantai Siput terletak di Kampung Banting, Sabak Bernam. Pantai ini merupakan salah satu destinasi rekreasi semula jadi yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar.
Keindahan pantai ini terserlah dengan suasana kampung yang tenang, deruan ombak yang mendamaikan serta pemandangan menghijau di sekitarnya. Ia sesuai dijadikan lokasi untuk berkelah, bersantai bersama keluarga, menikmati panorama matahari terbenam serta merakam gambar kenangan.
Pantai Bumi Hijau juga dikenali dengan keunikan habitat siput yang terdapat di kawasan pesisir, sekali gus menjadikan ia tarikan semula jadi yang berbeza daripada pantai lain di daerah ini.
📍 Lokasi: Kampung Banting, Sabak Bernam, Selangor
Sumber : NADI BNO